kadang-kadang aku bertanya,kenapa aku
dilahirkan tidak sekacak kawan-kawan ku? Kerana Allah mahu aku berasa bersyukur
dengan kejadian aku dan mengelakkan aku dari rasa bangga diri.
kadang-kadang aku tertanya, kenapa aku tidak
sekaya orang lain? Kerana Allah mahu mengelakkan aku dari azab dan pertanyaan
kemana aku membelanjakan harta aku.
kadang-kadang aku tertanya, kenapa aku tidak
sepandai orang lain? kerana Allah mahu aku
rasa lebih motivasi dan mengajar aku erti tidak kalah.
kadang-kadang aku tertanya, kenapa aku belajar lebih lama
dari kawan-kawan ku? Kerana Allah beri peringatan yang aku belum cukup sedia untuk
menjadi seorang ilmuan dari tempoh yang singkat dan mahu aku timba ilmu lebih
banyak.
kadang-kadang aku tertanya,kenapa aku kenapa
aku tidak dapat apa yang aku inginkan sekarang? Kerana Allah mahu aku kenal
erti sabar.
kadang-kadang aku tertanya,kenapa aku jahat dan
degil? kerana Allah mahu aku ambil iktibar dari apa yang aku lakukan. Dan berubah
kepada yang lebih baik akan datang.
kadang-kadang aku tertanya,kenapa aku diuji dengan berat sebegini? Kerana Allah mahu
aku berdoa dan merayu kepada tuhan ku yang satu -ALLAH- kerana Dia rindukan
suaraku dan rayuanku.
kadang-kadang aku tertanya kenapa aku berasa
gentar dan takut? Kerana Allah mahu aku bertawakal kepadanya dan kenal erti
takut kepadanya.
kadang-kadang aku tertanya kenapa aku lupa
dengan apa yang disuruh oleh Mu? Kerana Allah berikan peluang kedua untuk aku
muhasabah dan bertaubat kepadanya.
kadang-kadang aku tertanya kenapa aku tak
dilahirkan dari kalangan yang bahagia? kerana Allah mahu mengajar aku yang
bahagia bukan dari keluarga,tetapi dari rahmat Allah.
kadang-kadang aku merasa kenapa semua tidak cukup?
kerana Allah mahu aku rasa bersyukur dengan apa yang aku ada.
kadang-kadang aku tertanya kenapa aku selalu
bersendirian? kerana Allah mahu aku ingat padanya pada waktu aku keseorangan.
Kadang-kadang aku tertanya kenapa Allah rahsia
kan semua apa yang berlaku? kerana Allah mahu aku fikirkan sendiri apa hikmahnya.
Walau apapun yang berlaku, aku amat-amat
bersyukur pada Mu ya ALLAH..alhamdulillah… Ampunkan dosa ku,kedua ibubapa
ku,keluarga ku dan seluruh umat islam ya Allah..amin ya rabb