Monday, October 29, 2012

Kenapa aku bersyukur?


kadang-kadang aku bertanya,kenapa aku dilahirkan tidak sekacak kawan-kawan ku? Kerana Allah mahu aku berasa bersyukur dengan kejadian aku dan mengelakkan aku dari rasa bangga diri.
kadang-kadang aku tertanya, kenapa aku tidak sekaya orang lain? Kerana Allah mahu mengelakkan aku dari azab dan pertanyaan kemana aku membelanjakan harta aku.
kadang-kadang aku tertanya, kenapa aku tidak sepandai orang lain?  kerana Allah mahu aku rasa lebih motivasi dan mengajar aku erti tidak kalah.
kadang-kadang  aku tertanya, kenapa aku belajar lebih lama dari kawan-kawan ku? Kerana Allah beri peringatan yang aku belum cukup sedia untuk menjadi seorang ilmuan dari tempoh yang singkat dan mahu aku timba ilmu lebih banyak.
kadang-kadang aku tertanya,kenapa aku kenapa aku tidak dapat apa yang aku inginkan sekarang? Kerana Allah mahu aku kenal erti sabar.
kadang-kadang aku tertanya,kenapa aku jahat dan degil? kerana Allah mahu aku ambil iktibar dari apa yang aku lakukan. Dan berubah kepada yang lebih baik akan datang.
kadang-kadang aku tertanya,kenapa aku  diuji dengan berat sebegini? Kerana Allah mahu aku berdoa dan merayu kepada tuhan ku yang satu -ALLAH- kerana Dia rindukan suaraku dan rayuanku.
kadang-kadang aku tertanya kenapa aku berasa gentar dan takut? Kerana Allah mahu aku bertawakal kepadanya dan kenal erti takut kepadanya.
kadang-kadang aku tertanya kenapa aku lupa dengan apa yang disuruh oleh Mu? Kerana Allah berikan peluang kedua untuk aku muhasabah dan bertaubat kepadanya.
kadang-kadang aku tertanya kenapa aku tak dilahirkan dari kalangan yang bahagia? kerana Allah mahu mengajar aku yang bahagia bukan dari keluarga,tetapi dari rahmat Allah.
kadang-kadang aku merasa kenapa semua tidak cukup? kerana Allah mahu aku rasa bersyukur dengan apa yang aku ada.
kadang-kadang aku tertanya kenapa aku selalu bersendirian? kerana Allah mahu aku ingat padanya pada waktu aku keseorangan.
Kadang-kadang aku tertanya kenapa Allah rahsia kan semua apa yang berlaku? kerana Allah mahu aku fikirkan sendiri apa hikmahnya.

Walau apapun yang berlaku, aku amat-amat bersyukur pada Mu ya ALLAH..alhamdulillah… Ampunkan dosa ku,kedua ibubapa ku,keluarga ku dan seluruh umat islam ya Allah..amin ya rabb

Friday, October 12, 2012

Sakit hati!!



Hari ni wa rasa kan sakit hati hu!!  Rasa nak tumbuk2 orang je.. geram je rasa beb..tapi takpa kan..kena sabar…bukan sebab sabar kite da tahap k… sabar sebanyak mana yang mungkin..kerana dapat pahala uh...