kadang-kadang aku bertanya,kenapa aku
dilahirkan tidak sekacak kawan-kawan ku? Kerana Allah mahu aku berasa bersyukur
dengan kejadian aku dan mengelakkan aku dari rasa bangga diri.
kadang-kadang aku tertanya, kenapa aku tidak
sekaya orang lain? Kerana Allah mahu mengelakkan aku dari azab dan pertanyaan
kemana aku membelanjakan harta aku.
kadang-kadang aku tertanya, kenapa aku tidak
sepandai orang lain? kerana Allah mahu aku
rasa lebih motivasi dan mengajar aku erti tidak kalah.
kadang-kadang aku tertanya, kenapa aku belajar lebih lama
dari kawan-kawan ku? Kerana Allah beri peringatan yang aku belum cukup sedia untuk
menjadi seorang ilmuan dari tempoh yang singkat dan mahu aku timba ilmu lebih
banyak.
kadang-kadang aku tertanya,kenapa aku kenapa
aku tidak dapat apa yang aku inginkan sekarang? Kerana Allah mahu aku kenal
erti sabar.
kadang-kadang aku tertanya,kenapa aku jahat dan
degil? kerana Allah mahu aku ambil iktibar dari apa yang aku lakukan. Dan berubah
kepada yang lebih baik akan datang.
kadang-kadang aku tertanya,kenapa aku diuji dengan berat sebegini? Kerana Allah mahu
aku berdoa dan merayu kepada tuhan ku yang satu -ALLAH- kerana Dia rindukan
suaraku dan rayuanku.
kadang-kadang aku tertanya kenapa aku berasa
gentar dan takut? Kerana Allah mahu aku bertawakal kepadanya dan kenal erti
takut kepadanya.
kadang-kadang aku tertanya kenapa aku lupa
dengan apa yang disuruh oleh Mu? Kerana Allah berikan peluang kedua untuk aku
muhasabah dan bertaubat kepadanya.
kadang-kadang aku tertanya kenapa aku tak
dilahirkan dari kalangan yang bahagia? kerana Allah mahu mengajar aku yang
bahagia bukan dari keluarga,tetapi dari rahmat Allah.
kadang-kadang aku merasa kenapa semua tidak cukup?
kerana Allah mahu aku rasa bersyukur dengan apa yang aku ada.
kadang-kadang aku tertanya kenapa aku selalu
bersendirian? kerana Allah mahu aku ingat padanya pada waktu aku keseorangan.
Kadang-kadang aku tertanya kenapa Allah rahsia
kan semua apa yang berlaku? kerana Allah mahu aku fikirkan sendiri apa hikmahnya.
Walau apapun yang berlaku, aku amat-amat
bersyukur pada Mu ya ALLAH..alhamdulillah… Ampunkan dosa ku,kedua ibubapa
ku,keluarga ku dan seluruh umat islam ya Allah..amin ya rabb
4 comments:
Lumrah makhluk yg bergelar insan, seringkali memikirkan perkara yg bukan milik kita, pdhl nikmat kurniaanNya di depna mata dah terlalu byk utk dihitung..
Xde ap pon milik kita yg kekal secara mutlak. Semua hnyalah pinjaman semata.
Jadi, belajarlah bersyukur dgn pinjaman itu..=)
*terigt plk kt lagu Mana milik kita~Rabbani...hehehe*
Al-fatihah untuk arwah Afham...
alfatihah.. moga tenang di sana amin
Ya Allah, demi Nama Dia, aku rindu kau. Semoga kau tenang kat sana.
Post a Comment